Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Sunday, July 22, 2007

Patut ketawa / marah?

March 11, 2007

Picture_003 Al-kisahnya, sekali lagi EnRosli a.k.a. my dad la..sape lagi?..mengambil peluang keemasannya utk mengenakan puterinya yang sorang ni. Hehe..padan muka sendiri juga..sape suruh x teliti. Mcm ni, citer ni klaka + memalukan (erm, bg Fini sket je..yg lebihnya klaka..amik positif je la), mcm biasa..weekend balik Bentong..smlm pi kenduri kawin Nazarina d Dewan Majlis Perbandaran Bentong..petang tu, biasa la..lepak2 ngan Mak & Ayah (kat depan tv ja)..Fini nak masak la air..nak wat kopi O. Alkisahnya, pi la ke dapur, isi air dlm cerek & jerang air ke dapur. Sambung balik pi tgok tv. Bila air dh masak, nak bancuh la ni.."Mak, nape cerek ni hangus?" Rupanya ada piring melamine kat bawah cerek. Mana x hangus, melamin di bakar di atas dapur. Yang peliknya, x cair pula piring tu, & air dlm cerek tu masak (sbb cerek berbunyi). Rupanya masa Fini isi air dlm cerek, dlm sinki dh ada piring tu, mak letak..pastu ntah camne piring tu leh melekat pd bhgian bwh cerek..nak dijadikan citer la ni. Dah x pasal2 kena perli ngan Ayah.."ai, kawan2 ramai dh btunang, dh kawin, awak ni..kalu mcm ni kena marah je la ngan mak mertua nti" - dialog Ayah. Pastu Ayah telah gantung kan piring tu kat dapur rumah, Fini tau niat dia..mesti dia nak jadikan citer ni bahan2 utk dikongsi & diketawakan oleh our sedara mara la..mcm biasa..x leh ada kesempatan, mesti dia x lepaskan peluang. Ayah..ayah.. Takyah susah2, Fini letak kt blog ni..ha..satu Malaysia tau..Ayah Fini ni, mmg dr Fini kecil dulu..pernah sekali dia amik gambar Fini dgn mulut bertampal. Kata Ayah, Fini banyak sgt ckp, x berenti..dia rimas..dia tampal mulut dgn selotape, amik gmbr. Fini tau nti mcm skrg la, dijadikan modal, dia ckp nk citer kt cucu dia nti..nti leh la dia ckp kat anak2 Fini y Fini ni bnyk ckp, x pndai masak..mcm2 la.. Tapikan fikir2 balik, bukan Ayah nk malukan Fini, tp amik yg postif la..pengajaran kat Fini..biar beringat. Haha..dh la Fini ni serba x reti wat keje..sbnrnya bukan x reti langsung tp ..... Fhm2 la kalu kenal Fini ttu sedia maklum. Dahla..nah..Ayah..Fini pamerkan gmbr piring smlm. Buat Mak, sori eh..abis piring Mak. Mak tak marah..hehe..kalu Amy & Syam tau..teruk Fini kena ejek. Lagi2 Syam..ada je la nti, pelbagai sejarah dia ungkit. Takpe la..tu la Fini.. macam2. Tengok la kejadian yang mengharukan.Picture_001_wince





March 11, 2007 in ~Family~

No comments: